21/11/2011

MENGENAI KEBERANIAN

Wasalam dan Salam 1 Malaysia bagi sesiapa yang masuk ke blog ni. Abg nano harap para pembaca tidak bosan dan kalau boleh tu bergembiralah masa masuk blog abg nano ni. Kalau rasa bosan juga,korang terajang je screen komputer agar dapat hilangkan rasa bosan tu. 

Baiklah,abg nano nak citer sikit tentang keberanian ni. Apa benda yang korang paling takut sekali kat dunia ni? Haiwan jenis ikan, burung, reptilia, amfibia, mamalia,hantu ataupun yang sama waktu dengannya? Ataupun korang tak takut apa-apa? Siapa yang tak takut apa-apa? Kalau abg nano cakap yang abg nano tak takut dengan semua yang di atas tu apa macam? Caya tak? mesti tak caya kan? abg nano pernah tangkap ular senduk pastu simpan dalam botol masa kat sekolah dulu,mandi kat sungai sambil di tebing sungai tu ada 2 ekor buaya sedang bersantai,pernah kena ikut dengan bebola putih masa tunggang motosikal lalu hospital waktu malam dan banyak lagi. kalau citer raya depan baru habis. Jadi,korang caya tak citer abg nano? Mesti tak caya kan?



Tu yang susah sangat nak caya. Abg nano kalau imbau kembali masa lampau pun susah nak caya. Tapi cuma 1 yang abg nano paling takut. Nak tahu apa? HATI WANITA. Abg nano cukup takut dengan hati wanita ni sampaikan masa zaman hangat bercinta dulu payah nak cakap kata-kata yang menyinggungkan hati awek. Kata-kata "KITA PUTUS!" , "SAYA BENCI AWAK!" , "SAYA TAK NAK JUMPA AWAK LAGI!" dan yang sama waktu dengannya tu tak pernah 1 pun abg nano ungkapkan pada kaum wanita. Sampaikan masa gaduh pun abg nano bagi kaum pompoan je pukul,abg nano cuma tahan je. Pastu habis bengkak muka sana sini.


Dipendekkan cerita,kerana ketakutan dan kebodohan abg nano sampaikan masa kahwin pun abg nano tak berani nak cakap yang abg nano belum sedia nak kahwin. Sekarang ni abg nano hidup dengan wanita yang abg nano langsung tak cinta. Abg nano cuma menjalankan kewajipan sebagai suami je. Nak cerai tak sanggup kerana anak. Masa takde anak dulu tak sanggup sebab tak nak si dia kesakitan. Masa bercinta pula tak berani nak luah kata-kata putus sebab tak nak si dia menangis. Maklumlah kalau pompoan ni kalau dah cinta diorg ni pasti cinta sampai mati punya sampaikan bunuh diri kerana cinta pun ada. Dan kesempatan ini digunakan sebaik-baiknya oleh kaum-kaum syaitan tahap dewa bertopengkan lelaki untuk menjahanamkan kaum wanita. Betul tak? 

Masuk semula kepada cerita abg nano ni,sekarang ni abg nano cukup terseksa menahan kesakitan di hati kerana hidup dengan orang yang tidak dicintai. Persoalannya,setakat mana abang nano mampu bertahan? Masuk hari ni dah dekat 3 tahun abg nano tahan. Tak pasti pula esok dan lusa. Yang pasti menghabiskan sisa hidup dengan orang yang tidak kita cintai sungguh MENYIKSAKAN! 

Kesimpulannya,jangan membiarkan diri anda diselubungi ketakutan. Masa itu emas dan selagi anda membiarkan ketakutan itu menyelubungi diri,abg nano berani cakap yang korang pasti akan kerugian banyak keseronokan dalam kehidupan. Jadi,bagi sesiapa yang masih hidup dalam ketakutan,atasinya dengan berani.
Wat waktu ni setakat disini je lah cerita abg nano. Ada masa nanti abg nano akan postkan benda yang lain pula kat blog ni. Tut...Tut...Tut...